Kemungkinan gelombang baharu Covid-19, MB Selangor minta semua pihak bersedia

Kemungkinan gelombang baharu Covid-19, MB Selangor minta semua pihak bersedia

Semua pihak berkepentingan diminta peka dengan sebarang kemungkinan termasuk gelombang keempat mahupun kelima Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari kerajaan negeri perlu berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan Covid-19.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengingatkan supaya semua pihak berkepentingan bersedia dan peka dengan sebarang kemungkinan termasuk gelombang keempat mahupun kelima Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan Covid-19, susulan pengumuman arahan penutupan 19 sekolah di Selangor bermula semalam berikutan kemunculan kluster pandemik.

Ini termasuk membuat saringan serta memantau kawasan panas di negeri itu.

“Kita dah buat saringan di kawasan 19 sekolah ditutup itu dan tengok pergerakan pelajarnya kerana di sana banyak kes positif.

“Saringan-saringan ini untuk kita mengesan dan mengasingkan mereka yang positif,” katanya dipetik daripada Bernama.

Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga perlu mengatur jadual pembelajaran di 19 sekolah terlibat agar kesemua pelajarnya tidak terpinggir.

“Kita mesti bersiap sedia. Sebelum ini pun pendidikan itu hybrid (di rumah dan di sekolah), saya percaya sekolah kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.