Lelaki maut ketika mencari siput

Lelaki maut ketika mencari siput

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin Mispani Hamdan berkata, jenazah mangsa berusia 26 tahun itu dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.
JASIN:
Seorang lelaki yang mencari siput di hutan paya bakau di Kampung Air Tawar, Merlimau di sini, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata jenazah mangsa berusia 26 tahun itu dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 1.41 petang, selepas dihubungi salah seorang rakannya yang turut mencari siput.

“Sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai digerakkan dan tiba di lokasi 16 minit kemudian, bagi mencari mangsa bersama pihak polis sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Difahamkan mangsa masuk mencari siput kira-kira pukul 7 pagi bersama rakannya,” katanya.

Mohamad Faisal berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.