438,220 penerima lengkapi dos kedua vaksin Covid-19

438,220 penerima lengkapi dos kedua vaksin Covid-19

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 yang diberikan kepada penerima di seluruh negara setakat ini adalah sebanyak 1,125,396 dos.

Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang melengkapkan dos vaksin setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).
KUALA LUMPUR:
Seramai 438,220 individu menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama juga, seramai 687,176 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Covid-19 yang diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor (97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak (56,295).

Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang melengkapkan dos vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).

Mengenai jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Adham berkata setakat semalam, seramai 8,902,528 orang atau 36.4 % daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 2,347,091.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.