
“Saya bersedia untuk dikalahkan dalam pemilihan parti yang sudah saya berikan lebih 55 tahun hidup saya mengejar impian Malaysia,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menegaskan bahawa DAP tindak menganjurkan dasar ke-Cinaan, ke-Melayuan ke-Indiaan, ke-Kadazanan atau ke-Ibanan.
“Kami sangat bertentangan dengan itu. Kami mahu rakyat Malaysia menerima bahawa rakyat negara ini mempunyai pelbagai identiti – etnik, agama, budaya, wilayah – tetapi paling utama mereka semua adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam ucapan itu, beliau menuntut supaya orang Cina di negara ini, seperti mana-mana kaum, agama, bahasa, budaya lain, dilayan sama seperti rakyat kelas pertama.
“Ini satu-satunya cara untuk merealisasikan ‘Impian Malaysia’,” katanya.