Portal kesihatan padam artikel salahkan mangsa gangguan seksual

Portal kesihatan padam artikel salahkan mangsa gangguan seksual

Ia susulan gesaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh untuk artikel itu ditarik balik kerana dimaklumkan kandungannya lebih cenderung menyalahkan mangsa.

Hasil pemeriksaan ke atas artikel bertajuk ‘Kesan emosi terhadap mangsa gangguan seksual’ di http://www.myhealth.gov.my menunjukkan mesej ralat dan ‘tidak dijumpai’.
PETALING JAYA:
Penerbitan satu artikel di portal pendidikan kesihatan, MyHealth, yang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) dipadamkan selepas dikatakan mengundang persepsi negatif terhadap wanita mengenai cara mengelakkan gangguan seksual di tempat kerja.

Hasil pemeriksaan ke atas artikel bertajuk “Kesan emosi terhadap mangsa gangguan seksual” di laman web http://www.myhealth.gov.my menunjukkan mesej ralat dan “tidak dijumpai”.

Semalam, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menerusi Twitternya menggesa artikel itu ditarik balik selepas dimaklumkan kandungan artikel itu lebih cenderung menyalahkan mangsa.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Dr Amar-Singh HSS yang menyifatkan artikel itu tidak masuk akal.

“Bagaimana artikel yang menyalahkan semua wanita atas gangguan seksual itu diluluskan pada awalnya? KKM harus memadamnya secepat mungkin,” katanya sebagai membalas tweet Yeoh.

Berdasarkan tangkap layar artikel itu yang turut dikongsi di Twitter, ia antara lain menyatakan punca berlaku gangguan seksual disebabkan cara pemakaian tidak senonoh dan tidak sesuai.

Oleh itu, artikel itu mencadangkan wanita lebih baik berpakaian sesuai dengan keadaan dan situasi sekeliling bagi mengelakkan gangguan seksual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.