MAQIS Perlis rampas 1.4 tan ikan basah

MAQIS Perlis rampas 1.4 tan ikan basah

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin berkata, pengimport didapati menggunakan dokumen mengelirukan.

Perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. (Gambar MAQIS)
KANGAR:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas 1.4 tan ikan basah bernilai RM5,600 kerana menggunakan dokumen yang mengelirukan.

Pengarah MAQIS Perlis Mohamad Arshad Raffin berkata, pihaknya menahan sebuah lori membawa pelbagai jenis ikan basah ke negara ini di Unit Kargo Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Isnin lepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati pengimport membawa 1,400 kilogram (1.4 tan) ikan basah yang diikrar pada permit MAQIS, namun dokumen tersebut mengelirukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728).

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Arshad berkata, pihaknya sentiasa memantau sebarang kemasukan dan keluaran melibatkan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, dan mikroorganisme yang diimport ke negara ini bebas daripada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat ditetapkan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.