

Menyifatkan cadangan itu tidak betul, Pesuruhjayanya, Mah Weng Kwai berkata, NGO dan persatuan sivil adalah pemegang taruh yang menangani masalah berkaitan pendatang tanpa dokumen sah, termasuk memperjuangkan dan menonjolkan nasib mereka.
Dalam kes ini, mereka menjalankan tugas mereka.
“Tugas mereka tidak termasuk menyediakan wang untuk menempatkan pendatang tanpa dokumen sah. Itu tidak betul,” katanya selepas menghadiri rundingan bersama pemegang taruh mengenai masalah buruh paksa dalam industri pembinaan.
Mah percaya Hamzah Zainudin hanya “berseloroh”.
Beliau berkata, tidak realistik untuk meletakkan tanggungjawab itu kepada NGO hanya kerana “mereka mengadu”, sambil menambah NGO sendiri kekurangan dana.
Semalam, Malay Mail melaporkan Hamzah bercakap mengenai pejuang hak asasi manusia yang mempersoalkan layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin yang ditahan sebelum dihantar pulang.

Beliau dilaporkan bertanya adakah NGO sedia menanggung kos harian menempatkan pendatang asing di pusat tahanan.
Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph, yang turut hadir di majlis itu, berkata walaupun mengurus pendatang tanpa dokumen sah membabitkan kos, kerajaan menggunakan wang rakyat untuk melakukannya.
Oleh itu, semuanya berbalik kepada sistem pengurusan yang betul, katanya, sambil menambah “itu kewajipan kerajaan”.