
Dalam video selama 25 saat yang tular baru-baru ini, beliau dilihat menyerahkan wang kepada penjaja yang menjual makanan dan minuman, serta tidak memakai pelitup muka.
Borneo Post melaporkan Awang Tengah sebagai berkata, beliau dilihat tergesa-gesa dan meminta pegawai khasnya untuk mengambil barangnya.
“Saya beri wang itu kepada penjaja dan minta mereka bungkus barang saya.”
Ditanya sama ada beliau melanggar SOP perintah kawalan pergerakan kerana tidak memakai pelitup muka, katanya, polis sudah menghubunginya.
“Saya sudah dihubungi polis yang memaklumkan saya akan terima kompaun. Saya mengakui kesilapan saya. Jika terima kompaun, saya akan bayar,” katanya yang tidak mendedahkan jumlah kompaun perlu dibayarnya.