Kancil dirempuh lori, ‘ditolak’ 15m

Kancil dirempuh lori, ‘ditolak’ 15m

Kejadian berlaku selepas lori yang bertukar lorong melanggar Kancil yang berada di laluan kiri menyebabkan kereta itu berpusing ke hadapan kenderaan berat berkenaan.

Kenderaan terbabit mengalami kerosakan ringan, namun semua pemandu dan penumpang tiada kecederaan.
PETALING JAYA:
Pemandu sebuah kereta Perodua Kancil dan dua penumpangnya berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki dirempuh sebelum ‘ditolak’ sebuah lori di Jalan Kapar batu 10, Selangor.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lori yang dalam perjalanan dari Klang menghala ke Sabak Bernam sedang memandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke kiri sebelum melanggar sisi kanan Kancil terbabit.

Akibat pelanggaran itu Kancil yang berada di laluan kiri berpusing ke hadapan lori dan terus ditolak kira-kira 15m, kata Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dalam kenyataan.

Difahamkan, keadaan jalan adalah tiga lorong satu hala yang mempunyai garisan putus-putus pembahagi lorong dan terdapat pembahagi jalan.

Kenderaan terlibat mengalami kerosakan ringan, namun pemandu Kancil berkenaan berusia 52 tahun, dua penumpangnya dan pemandu lori berusia 44 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.