LHDN fail notis bankrap terhadap Najib, gagal bayar tunggakan cukai RM1.69 bilion

LHDN fail notis bankrap terhadap Najib, gagal bayar tunggakan cukai RM1.69 bilion

Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Jun untuk mendengar permohonan Najib Razak yang memohon untuk menangguhkan penghakiman terus.

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan notis kebankrapan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2017.

Dalam notis yang difailkan pada 4 Feb, Najib juga dikehendaki membayar RM45 juta sebagai faedah pada kadar 5% setahun, atas amaun yang tidak dibayar itu.

Jumlah keseluruhan yang Najib perlu bayar termasuk kos mahkamah RM15,000 adalah RM1.73 bilion, menurut notis berkenaan yang dilihat FMT.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan memperolehi penghakiman terus untuk memungut tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib.

LHDN berkata penghakiman terus itu tidak ditangguhkan sejak mahkamah memutuskan kes berkenaan, justeru notis kebangkrapan difailkan terhadap Najib.

LHDN memfailkan tuntutan terhadap Najib pada 2019.

Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Jun untuk mendengar permohonan Najib yang memohon untuk menangguhkan penghakiman terus itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.