Mesyuarat pimpinan tertinggi BN ditangguh

Mesyuarat pimpinan tertinggi BN ditangguh

Sebab penangguhan itu tidak diketahui tetapi beberapa pemimpin mungkin tidak hadir.

PETALING JAYA: Mesyuarat pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan pada malam ini ditangguhkan.

Sumber yang mengetahui mengenai pertemuan itu berkata, bahagian komunikasi BN telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sebab pembatalan tidak diketahui tetapi difahamkan beberapa pemimpin gabungan tertinggi tidak dapat hadir dalam pertemuan itu

Terdahulu, bahagian komunikasi BN memberitahu FMT bahawa keempat-empat parti – Umno, MCA, MIC dan PBRS – menghadiri mesyuarat itu.

“Sekiranya ada perubahan, mereka akan memberitahu kami,” kata wakil itu.

Difahamkan, Presiden MIC S Vigneswaran telah menyatakan tidak menghadiri mesyuarat itu kerana kurang sihat.

Mesyuarat difahamkan sepatutnya diadakan antara Umno, MCA dan MIC bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit baru-baru ini.

MCA dan MIC masing-masing menyatakan akan kekal bersama BN tetapi menyokong Perikatan Nasional, dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Umno telah membayangkan mungkin meninggalkan kerajaan pimpinan PN pada Ogos apabila darurat ditamatkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.