
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, beliau memohon kepada Menteri Kewangan (MOF) Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk melanjutkan kempen itu.
“Bagaimanapun MOF mungkin mengkaji semula syarat-syaratnya dan akan sedikit berbeza daripada yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis “Malaysia’s Best Managed and Sustainable Property Award 2021” di sini, semalam.
Beliau juga berkata sehingga 28 Feb lepas, sejumlah 34,354 unit rumah dengan nilai RM25.6 bilion berjaya dijual bagi kempen HOC 2020-2021 dengan nilai diskaun yang diberikan sebanyak RM4.3 bilion.
HOC 2020 dilaksanakan dengan pengecualian duti setem dan potongan diskaun sebanyak 10% kepada pemohon yang layak untuk membeli rumah berharga RM300,000 hingga RM2.5 juta.