Disyaki angkara ibu tiri, budak perempuan parah didera

Disyaki angkara ibu tiri, budak perempuan parah didera

Polis telah menahan seorang wanita selepas seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera teruk di muka dan badan.

Mangsa dilaporkan dibawa ke hospital oleh bapanya. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera teruk di bahagian muka dan badan, disyaki menjadi mangsa dera ibu.

Ketua Polis Daerah Kulim Azhar Hashim, berkata pihaknya menerima laporan dari Hospital Kulim Sabtu sehingga membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga ibu tiri mangsa.

“Berikutan itu, kita menahan wanita dipercayai ibu tiri kanak-kanak itu pada hari sama di sekitar daerah ini untuk membantu siasatan.”

Memetik laporan Berita Harian, Azhar berkata mangsa dihantar ke hospital itu oleh bapanya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan seperti didera.

Mangsa yang tinggal Sungai Kob, Kulim, Kedah bersama keluarga, difahamkan sedang menerima rawatan di Hospital Kulim.

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.