Putrajaya disyor alih fokus DEB kepada pengeluaran, bukan pemilikan

Putrajaya disyor alih fokus DEB kepada pengeluaran, bukan pemilikan

Ahli ekonomi melihat pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 tahun ini sebagai peluang untuk mengambil langkah maju yang lebih baik.

PETALING JAYA:
Beberapa ahli ekonomi mengesyorkan agar fokus Dasar Ekonomi Baru (DEB) beralih daripada pemilikan ekuiti bagi mengalakkan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) milik Bumiputera.

Mereka berpendapat peningkatan ekuiti tidak semestinya membawa kepada prestasi lebih baik atau sejajar dengan matlamat pendapatan tinggi Malaysia.

Rancangan Malaysia ke-12 akan dibentangkan tahun ini, menyedari hal itu, Lee Hwok Aun, ahli ekonomi di Institusi ISEAS-Yusof Ishak berkata, terdapat peluang untuk menulis semula “skrip” masa depan Malaysia.

Beliau berkata, keutamaan perlu diberikan dalam membantu pertumbuhan MSME milik Bumiputera daripada menetapkan pemilikan.

Lee Hwok-Aun.

“Keseluruhan kad laporan MSME milik Bumiputera mungkin agak biasa-biasa sahaja,” katanya, selain berkata, tidak banyak kisah kejayaan dicatatkan walaupun terdapat banyak inisiatif dana.

Setakat 2015, hanya 38% MSME dimiliki oleh Bumiputera walaupun mereka mewakili 62% penduduk pada tahun itu.

Lee menambah, kebanyakan syarikat terbabit dikategorikan sebagai perniagaan mikro, walaupun wujud pelbagai skim pembiayaan yang tersedia.

Ini katanya, menunjukkan wujud ruang yang besar untuk pertumbuhan sekiranya terdapat dorongan ke arah itu.

Dengan perubahan fokus yang disarankan itu, beliau berkata, dasar boleh disasarkan kepada industri yang berpotensi tinggi, seperti sektor perkhidmatan dan sektor makanan halal.

Perubahan sedemikian akan “lebih sejajar dengan matlamat produktiviti dan pendapatan tinggi”, katanya kepada FMT.

“Ini juga akan menambah dorongan untuk berkembang. Insentif boleh diperkenalkan bagi menggalakkan perolehan awam dan naik taraf teknologi bagi membolehkan firma kecil menjadi besar.”

Ekuiti pemilikan Bumiputera 30% yang disasarkan dalam DEB pada 1971, dan diteruskan dalam pelbagai bentuk dalam rancangan Malaysia selepas itu, disifatkan sebagai “ketinggalan zaman” oleh sesetengah pakar ekonomi yang berkata, penekanan harus diberikan kepada pencapaian, khasnya dalam kalangan MSME.

Pada asalnya matlamatnya adalah untuk mengagihkan semula pemilikan ekonomi daripada bernisbah 2.4:33:66 di antara Bumiputera, rakyat Malaysia lain dan orang asing pada 1970 kepada 30:40:30, yang mempengaruhi semua sektor ekonomi, termasuk amalan pengambilan pekerja dan pendidikan.

Bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak yang mengkritik pengaruh DEP yang berterusan, baru-baru ini mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan Kebangsaan, yang menyerupai majlis yang diketuai bapanya Abdul Razak Hussein, bagi memeriksa semula sistem dan dasar negara.

Profesor ekonomi di Uniersiti Sunway Yeah Kim Leng bersetuju bahawa pemilikan bukan lagi barometer yang berkesan, terutamanya kerana perubahan demografi tenaga kerja.

“Sebelum ini tenaga kerja tidak begitu terintegrasi,” katanya.

Yeah Kim Leng

“Syarikat Cina biasanya dengan pekerja Cina, syarikat Melayu mengambil pekerja Melayu dan seterusnya.

“Sekarang, diversitinya lebih tinggi dalam kebanyakan syarikat. Jadi kita boleh mengangkat kedudukan Bumiputera dengan membantu MSME secara lebih meluas.”

Yeah berkata, bagi mencapai matlamat pembangunannya, Malaysia perlu beralih daripada pendekatan pemilik saham kepada pendekatan pemegang taruh.

Dalam pendekatan pemegang taruh katanya, kejayaan syarikat akan diagihkan secara lebih saksama dalam kalangan pekerja dan komuniti, bukannya tepisah di peringkat pemilikan.

“Kita mesti bergerak daripada penetapan had ke atas pemilikan dan memfokus kepada sumbangan sebenar kepada kebajikan,” katanya.

“Ini adalah bentuk baharu pemikiran kapitalis dan pembangunan, yang menyaksikan manfaatnya teragih dalam kalangan pemegang taruh.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.