ADUN Teratai letak jawatan dalam DAP Selangor

ADUN Teratai letak jawatan dalam DAP Selangor

Menurut Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo, Bryan Lai Wai Chong masih kekal sebagai ahli biasa dan wakil rakyat DAP.

Bryan Lai Wai Chong masih kekal sebagai ahli biasa dan wakil rakyat DAP. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Bryan Lai Wai Chong meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP Selangor berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini dimaklumkan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo setelah ia diterima Jawatankuasa DAP negeri dalam mesyuarat petang tadi.

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dikemukakan kepada saya selaku Pengerusi DAP Negeri Selangor,” kata beliau dalam kenyataan.

“Berikutan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Selangor telah diadakan petang tadi dan peletakan jawatan Bryan Lai telah diluluskan oleh Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.”

Namun, beliau berkata, Lai masih kekal sebagai ahli biasa DAP dan juga wakil rakyat DAP bagi DUN Teratai.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan,” kata beliau, sambil memaklumkan, tugas itu akan dipangku ADUN Banting Lau Weng San berkuat kuasa hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.