
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kebenaran itu termasuk melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di semua zon di negeri itu.
Katanya, bilangan solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau adalah mengikut kapasiti ruang solat dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.
“Aktiviti masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan yang dibenarkan adalah solat Tarawih, bilangan rakaat adalah 8 rakaat dengan bacaan surah (surah lazim) atau ayat pendek.
“Bilangan jemaah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter manakala tazkirah ditiadakan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih,” katanya dalam taklimat perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini.
Masidi berkata, jamuan berbuka puasa dan jamuan sahur di masjid atau surau adalah tidak dibenarkan kecuali 12 orang ahli jawatankuasa (AJK) masjid atau surau sahaja.
Bagaimanapun, katanya, moreh dibenarkan secara berbungkus sahaja manakala tadarus dan khatam Al-Quran, qiamullail serta iktikaf di masjid atau surau hanya dibenarkan kepada 12 orang AJK sahaja.
“Selain itu, program dan aktiviti jabatan serta agensi agama negeri dibenarkan dilaksanakan di masjid atau surau seperti kaunter amil zakat, agihan bantuan zakat dan sebagainya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
“Semua masjid dan surau hendaklah menjalankan semua garis panduan dan SOP yang berkuatkuasa dan ditetapkan oleh pihak berwajib,” katanya.