Pekerja asing bergaduh, parah di JB

Pekerja asing bergaduh, parah di JB

4 pekerja lelaki yang cedera itu terdiri daripada warga India dan Pakistan, berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata pergaduhan melibatkan ramai pekerja warga asing menggunakan senjata kayu dan besi.
JOHOR BAHRU:
Empat pekerja kilang warga asing cedera parah, selepas terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki yang juga pekerja kilang, di Kawasan Perindustrian Taman Teknologi Senai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata pada kejadian jam 8 malam itu, empat pekerja lelaki yang cedera itu terdiri daripada warga India dan Pakistan, berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Hasil maklumat yang diterima mendapati, pergaduhan melibatkan ramai pekerja warga asing menggunakan senjata kayu dan besi menyebabkan empat mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Tok berkata susulan dari itu, 11 lelaki pekerja kilang warga Myanmar berusia 20 hingga 30 tahun di sekitar Senai pada 1 pagi tadi (1 April) dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui punca pergaduhan serta mengesan pekerja-pekerja lain yang turut terlibat dalam pergaduhan ini,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah merusuh yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.