
Dalam persidangan itu, Umno memutuskan untuk tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menggesa peletakan jawatan menteri, dan timbalan menterinya yang dilantik.
Dalam satu kenyataan media, Zawawi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak berkata, surat rasmi peletakan tersebut akan diuruskan dalam masa terdekat.
“Peletakan jawatan tersebut sebagai menyahut seruan usul yang diluluskan dalam PAU2020,” katanya.
Beliau mula dilantik sebagai pengerusi Kesedar Kilang pada 26 Oktober tahun lalu.
Kesedar Kilang adalah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), iaitu agensi bawah Kementerian Luar Bandar.
Menteri Luar Bandar adalah Abdul Latiff Ahmad, yang memang kerusi Parlimen Mersing pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN), tetapi kemudian menyertai PPBM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
PPBM bagaimanapun keluar PH untuk membentuk kerajaan bersama BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak, dan Parti Bersatu Sabah pada awal tahun lepas.