Prebet Adam meninggal dunia

Prebet Adam meninggal dunia

Dia pernah menggemparkan negara pada 1987 kerana mengamuk di Jalan Chow Kit.

Prebet Adam pernah menggemparkan negara pada 1987 kerana mengamuk di Jalan Chow Kit. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Prebet Adam, yang terlibat dalam peristiwa amukan berdarah di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur lebih 30 tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia semalam di Hospital Besar, Pulau Pinang.

Adam, atau nama sebenarnya Adam Jaafar, dikebumikan di Dato Keramat, lapor Astro Awani.

Dalam tragedi yang menggemparkan negara pada 1987 itu, Adam yang berasal dari Sungai Pinang, George Town, mengamuk dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun selepas disahkan berada dalam keadaan tidak siuman ketika itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.