
Mohd Arief Emran Arifin ialah pekongsi firma guaman Wong & Partners di Kuala Lumpur. Bapanya, Arifin Zakaria , adalah ketua hakim negara dari 2011 hingga 2017.
Dua lagi peguam adalah Adlin Abdul Majid dari Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dan John Lee Kien How dari J Lee & Associates.
Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Pahang, Julia Ibrahim. Beliau juga adalah ketua pendakwa dalam perbicaraan bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah disabitkan bersalah menerima wang sebanyak RM1 juta dari seorang ahli perniagaan Disember lalu.
Individu lain yang akan dilantik termasuk:
Samsulbahri Ibrahim adalah ketua Pejabat Peguam Negara (AGC) cawangan Kuala Lumpur manakala Mohamad Abazafree Mohd Abas adalah penasihat undang-undnag Melaka.
Hasbullah Adam pula adalah hakim kanan mahkamah sesyen manakala Norliza Othman adalah ketua pendaftar Mahkamah Rayuan.
Amelati Parnell adalah ketua pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak manakala Roslan Mat Nor adalah timbalan ketua bahagian perbicaraan dan rayuan AGC.
Kesemua mereka sudah ditemuduga dan nama mereka sudah dicadangkan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Hakim-hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat perdana menteri selepas perbincangan dengan Majlis Raja-Raja.
Amelati akan mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak abang Iskandar Abang Hashim manakala yang lain mengangkat sumpah di hadapan Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed.
Semua mereka tertakluk kepada tempoh percubaan selama dua tahun sebelum disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.