6 negeri kekal PKPB hingga 14 April, rentas negeri masih dilarang, kata Ismail Sabri

6 negeri kekal PKPB hingga 14 April, rentas negeri masih dilarang, kata Ismail Sabri

Sementara itu, negeri lain kekal dibawah PKPP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan tamat pada 12 April.
PETALING JAYA:
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan tamat pada 12 April.

“Pengekalan status PKPB akan berkuatkuasa bermula 1 April sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan bermula 30 Mac hingga 12 April,” katanya ketika sidang media.

Sementara itu, negeri lain kekal dibawah PKPP.

Ismail bagaimanapun aktiviti merentas negeri masih dilarang di seluruh negara kecuali melalui gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan.

Ismail berkata, pelanjutan PKPB di enam negeri itu dibuat berikutan status jangkitan Covid-19 masih menunjukkan status turun naik dan berlaku peningkatan kes walaupun trend penularan di seluruh negara menunjukkan penurunan.

“Secara keseluruhan, KKM mengesahkan status kes Covid-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend penurunan. Namun terdapat beberapa negeri yang masih menunjukkan trend turun-naik dan meningkat.

Atas cadangan serta penilaian risiko oleh KKM, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan seperti berikut:

Enam negeri kekal PKPB, dimana Selangor zon merah masih banyak walaupun trend kes menurun.

Kuala Lumpur trend kes menurun tetapi kawasan jingga meningkat.

Johor zon merah masih banyak walaupun trend kes menurun.

Pulau Pinang trend tidak stabil, zon merah masih banyak, kadar insiden meningkat,

Kelantan trend meningkat dengan pertambahan zon merah.

Sarawak trend meningkat dan zon merah masih banyak.

Sementara itu 10 negeri kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ialah Perlis, Kedah,Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Melaka, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.