1 daripada 3 kluster baharu Covid-19 babit tempat kerja

1 daripada 3 kluster baharu Covid-19 babit tempat kerja

Masing-masing satu lagi kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.

Sebanyak 60 daripada 381 kluster aktif melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan tiga kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing satu kluster membabitkan tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Kelantan dan Johor.

  • Kluster Ladang Sungai Pelek (Sepang) dengan 32 kes
  • Kluster Patek (Kota Bharu dan Machang) dengan 63 kes
  • Kluster Pagar Bukit Chagar (Johor Bahru) dengan 52 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,347 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 381 kluster aktif dan 60 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 14 kluster yang tamat hari ini adalah Jalan Desa Tropika, Jalan Selisik, Kejatau, Jalan Kepong, Jan Yong, Seruas, Jalan By Pass, Ladang Desa Jerocco, Jalan Seputeh, Jalan Raja, Menara Sri, Rakut, Tapak Bina Jalan Sultan dan Jalan Jinjang, menjadikan 966 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Depot Imigresen Semuja (191 kes), Pagar Bukit Chagar (52 kes) dan Teknologi Bukit Minyak (45 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.