PKPD di 2 pusat tahanan PATI di Johor

PKPD di 2 pusat tahanan PATI di Johor

Tindakan dibuat selepas 90 kes positif Covid-19 dicatatkan di dua lokasi berkenaan.

PKPD di dua lokap tahanan PATI itu akan dilaksanakan sehingga 10 April ini.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua pusat tahanan pendatang asing tanpa izin di Johor mulai tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Lokap Tahanan PATI Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI, Jabatan Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru akan dilaksanakan sehingga 10 April ini.

Katanya, ia susulan peningkatan secara mendadak 90 kes Covid-19 di kedua-dua kemudahan itu.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan ujian saringan ke atas 82 PATI di Kompleks KDN Setia Tropika dan daripada jumlah itu, 39 orang didapati positif Covid-19.

“Manakala sehingga 25 Mac lalu, 51 kes positif dilaporkan di Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, hasil saringan ke atas tahanan yang bergejala,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah pula akan ditamatkan esok.

Sehingga kini, katanya, 91 kes positif direkodkan hasil ujian saringan ke atas 1,396 orang.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 80 individu ditahan melanggar SOP semalam, dengan 79 daripadanya dikompaun dan seorang lagi direman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.