Lebih 74,000 individu lengkap 2 dos suntikan vaksin Covid-19

Lebih 74,000 individu lengkap 2 dos suntikan vaksin Covid-19

Sarawak mencatat jumlah individu teramai melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922) dan Kuala Lumpur (7,769).

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu sudah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976.
KUALA LUMPUR:
Seramai 74,289 individu di negara ini sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu sudah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya, Adham berkata Selangor mencatat jumlah teramai menerima suntikan dos pertama iaitu 60,521 orang, kemudian Perak (49,528) dan Sabah (41,415).

Ini diikuti Kuala Lumpur (37,617), Sarawak (36,244), Pahang (33,320), Johor (32,126), Pulau Pinang (31,189), Kedah (26,310), Negeri Sembilan (21,017), Terengganu (20,055), Kelantan (19,755), Melaka (11,094), Perlis (9,530), Putrajaya (4,621) dan Labuan (2,345).

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922) dan Kuala Lumpur (7,769).

Seterusnya, Perak (7,197), Pahang (7,162), Johor (5,666), Terengganu (4,601), Kedah (4,469), Selangor (4,224), Negeri Sembilan (2,942), Pulau Pinang (2,756), Melaka (2,545), Sabah (1,796), Labuan (1,567), Perlis (1,561) dan Putrajaya (1,469).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.