
Perkara itu disahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.
“Sedang kuarantin di rumah,” katanya ringkas kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Santhara sudah memulakan tugasnya sebagai timbalan menteri.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Muhammad Effi Arpan turut mengesahkan Santhara sudah pulang ke Malaysia minggu lalu.
Effi berkata, Santhara sedang menjalani kuarantin wajib yang ditetapkan secara mandatori oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, ketika ini Santhara menjalankan tugas secara dalam talian melalui platform Zoom, WhatsApp, panggilan video dan lain-lain.
“Justeru, semua mesyuarat Santhara secara bersemuka atau perjumpaan secara fizikal hanya akan diadakan selepas tempoh kuarantin tamat,” katanya.
Awal bulan ini, Santhara menjelaskan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membenarkannya bercuti 55 hari di New Zealand bersama keluarganya, antara lain disebabkan isterinya sakit.
Beliau berada di New Zealand sejak 23 Dis 2020, sebelum perintah kawalan pergerakan kedua berkuat kuasa, dan menafikan dakwaan beliau berulang-alik antara dua negara.