Pengarah yayasan direman bantu siasatan rasuah projek pelitup muka

Pengarah yayasan direman bantu siasatan rasuah projek pelitup muka

Menurut sumber, lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di rumahnya pada 4.30 petang semalam.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KUALA TERENGGANU:
Seorang pengarah sebuah yayasan di Terengganu hari ini direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengeluaran pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Mac itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di rumahnya pada 4.30 petang semalam.

Katanya, siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, kerana menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usaha sama dengan syarikat itu untuk pengeluaran pelitup muka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.