
Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan beliau akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.
“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” kata Tunku Azizah di laman Instagramnya.
Beliau turut memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini.
Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.