Lebih 413,000 terima vaksin Covid-19 setakat semalam, Selangor tertinggi

Lebih 413,000 terima vaksin Covid-19 setakat semalam, Selangor tertinggi

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu menerima dos pertama vaksin Covid-19 ialah Selangor (52,971), Perak (48,136) dan Sabah (40,134).

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, 402,650 individu menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, manakala 10,605 melengkapkan kedua-dua dos.
KUALA LUMPUR:
Seramai 413,255 individu sudah menerima suntikan vaksin setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memasuki hari ke-25 pelaksanaannya sejak dimulakan pada 23 Feb lepas.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di Twitter hari ini, berkata daripada jumlah itu, seramai 402,650 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 10,605 individu melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (52,971), Perak (48,136) dan Sabah (40,134).

Ini diikuti Kuala Lumpur (35,751); Sarawak (33,788); Pahang (30,320); Johor (29,238); Pulau Pinang (26,879); Kedah (26,265); Kelantan (18,977); Negeri Sembilan (17,279); Terengganu (15,726); Melaka (10,716); Perlis (9,526); Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, Sarawak merupakan negeri yang merekodkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 4,848 individu, diikuti Pahang (2,549); Perak (713); Sabah (591); Kuala Lumpur (565); Selangor (369) dan Pulau Pinang (328).

Melaka (187); Perlis (156); Labuan (127); Putrajaya (85); Johor (74); Kedah dan Terengganu, masing-masing enam, Kelantan (1) dan tiada penerima yang melengkapkan kedua-dua suntikan tersebut di Negeri Sembilan setakat ini.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan, termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula Apr hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.