AEON tarik balik telur dikesan tercemar di Singapura

AEON tarik balik telur dikesan tercemar di Singapura

Agensi Makanan Singapura berkata produk tersebut didapati mengandungi bakteria salmonella enteritidis.

PETALING JAYA:
Rangkaian pasar raya besar AEON menarik balik telur yang dikesan oleh pihak berkuasa Singapura dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).

Telur yang terjejas dari Linggi Agriculture Sdn Bhd mempunyai cop “CEM014”.

Semalam, Agensi Makanan Singapura berkata pihaknya mengarahkan empat pengimport supaya menarik kembali produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini kerana bakteria SE boleh menyebabkan penyakit bawaan jika telur berkenaan dimakan mentah atau tidak dimasak dengan betul.

“AEON ingin memberitahu bahawa kami menarik semula sekumpulan telur serupa yang dapat dikenali dengan cop ‘CEM014’ dari rak pasar raya kami.

“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” katanya.

Tambahnya, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 1300-80-2366 atau e-mel [email protected].

Minggu lalu, pihak berkuasa Singapura juga mengarahkan penarikan balik telur dari Lay Hong Bhd Layer Farm Jeram kerana masalah serupa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.