
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan terdapat penurunan kes Covid-19 dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat (4) kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, enam individu ditahan kerana ingkar SOP semalam.
Daripada jumlah itu, katanya, semua dikenakan kompaun.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (4), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (2).”