PKPD di Kampung Serumah, Sarawak tamat esok

PKPD di Kampung Serumah, Sarawak tamat esok

Sebanyak 27 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 462 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan PKPD di lokaliti itu susulan penurunan kes Covid-19, kluster terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak sejak 7 Mac lalu akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan penurunan kes Covid-19, kluster terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 462 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 27 kes telah direkodkan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 52 individu ditahan kerana mengingkari SOP perintah kawalan pergerakan semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, 36 dikompaun dan 16 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (12), tiada penjarakan fizikal (12), tidak memakai pelitup muka (11), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (11), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (3) dan aktiviti perjudian (3).”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.