
Beliau berkata, hotel kini beransur pulih setelah setahun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara kerana Covid-19.
“Sepanjang tahun, hotel menerima kesan yang ketara akibat pandemik itu kerana demografi utama mereka menyasarkan pasaran antarabangsa.
“Tetapi, hotel perniagaan mengalami sedikit pemulihan akhir-akhir ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan MAH di sini.

Beliau berkata, sembilan hotel di Pulau Pinang mengumumkan penutupan, tetapi sebuah daripadanya menyatakan akan dibuka semula di bawah pengurusan baharu.
“Saya diberitahu bahawa ada antara lapan hotel yang ditutup itu juga mempertimbang untuk dibuka semula di bawah pengurusan baharu, tetapi hanya bila tiba waktu yang sesuai,” katanya.
Sementara itu, beliau mengunjurkan pertumbuhan 50% dalam acara yang akan diadakan di hotel di Pulau Pinang pada bulan depan, dengan jangkaan perjalanan rentas negeri dibenarkan di Pulau Pinang.
Beliau berkata, terdapat beberapa pertanyaan mengenai tempahan ruang hotel untuk menganjurkan acara.
“Bagaimanapun, tempahan acara ini belum dapat disahkan kerana Pulau Pinang masih dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), yang tidak membenarkan perjalanan rentas negeri,” tambahnya.