
Difahamkan, semua mangsa diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka bersama seorang ahli Abu Sayyaf di selatan perairan Pulau Tawi-tawi dikatakan mengalami kebocoran.
Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dan polis Filipina yang menerima panggilan kecemasan itu terus melancarkan operasi menyelamat, sebelum membawa semua mangsa ke pangkalan pihak berkuasa negara jiran berkenaan.
“Hasil siasatan polis Filipina mendapati salah seorang mangsa yang diselamatkan itu sebenarnya adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf.
“Siasatan juga mendapati tiga warga Indonesia terbabit antara lapan mangsa culik yang dilakukan tujuh lelaki bersenjata pada 15 Jan 2020.
“Bagaimanapun, tiga daripada mereka dilepaskan tanpa diketahui puncanya, manakala seorang lagi mangsa terbunuh ketika kejadian berbalas tembakan dengan tentera Filipina,” kata sumber itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.