Sarawak tulis surat kepada Putrajaya mahu beli vaksin sendiri

Sarawak tulis surat kepada Putrajaya mahu beli vaksin sendiri

Timbalan Ketua Menterinya, Douglas Uggah Embas berkata, surat itu dihantar kepada menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai persediaan jika vaksin dibekalkan Putrajaya tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai Ogos depan.
KUCHING:
Kerajaan Sarawak menghantar surat kepada Putrajaya mengenai hasratnya membeli vaksin Covid-19 sendiri untuk negeri itu, kata Timbalan Ketua Menterinya, Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

“Saya telah menghantar surat kepada Khairy…saya beritahu beliau bahawa Sarawak memang berhasrat membeli vaksin.

“(Pembelian vaksin itu akan dibuat) sekiranya vaksin yang dibekalkan kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai pada Ogos depan,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi dari mana-mana negeri untuk pembelian vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah jika kerajaan negeri bercadang membeli vaksin sendiri dan boleh memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.