
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selepas mesyuarat berkala PH hari ini.
Dalam perkembangan lain, tiga pemimpin itu berkata, Ahli Parlimen PH dan pembangkang yang lain akan menemui Anwar yang merupakan ketua pembangkang di Parlimen pada 22 Mac ini.
“Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu semasa serta menegaskan Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala darurat berkuat kuasa.”
Katanya, Ahli Parlimen PH juga akan menghadiri taklimat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Isnin depan.