
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu bagi memastikan semua pihak mengambil inisitf memelihara kualiti alam sekitar.
“Kempen ini adalah medan untuk mendidik masyarakat beragama memelihara alam sekitar.
“Sebagai kesinambungan daripada kempen ini, ABIM menyarankan badan berautoriti di Malaysia seperti jabatan agama Islam dan badan bertauliah seluruh dunia untuk memasukkan elemen mesra alam sekitar sebagai antara kriteria syarat kepada pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung akan meluaskan lagi makna “halal dan baik” yang lebih dikenali sebagai halalan toyyiban dengan mewujudkan rasa peka masyarakat terhadap usaha memelihara kelestarian serta masa depan bumi.
Faisal berkata, sebagai lanjutan, inisiatif itu akan dapat menjamin kelestarian sumber makanan yang halal dan baik bila bumi dan hasilnya dapat dipelihara daripada dimusnahkan oleh aktiviti tidak bertanggungjawab.
“Cadangan ini selari dengan prinsip ke-17 Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) bagi menggalakkan lagi kerjasama untuk membangunkan industri yang menyokong usaha pembangunan lestari dan pemeliharaan alam sekitar.
“ABIM amat optimistik, Malaysia sebagai pusat hab halal untuk dunia boleh menjadi perintis penting dalam membawa piawaian halal dunia yang lebih baik bersama semangat menjaga kelestarian alam,” katanya.