PKPD 2 rumah sewa di Sarawak dilanjut

PKPD 2 rumah sewa di Sarawak dilanjut

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills akan dilanjutkan bermula 19 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan melanjutkan PKPD itu dibuat susulan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di rumah sewa terbabit.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang sebelum ini dilaksanakan di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills, Bintulu, Sarawak akan dilanjutkan bermula 19 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan masih berlaku penularan kes Covid-19 melibatkan penduduk di rumah sewa terbabit.

“KKM telah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 kes positif Covid-19 direkodkan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 125 individu ditahan kerana ingkar SOP semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, 111 dikompaun dan 14 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (43), tidak memakai pelitup muka (29), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (28), tiada penjarakan fizikal (11), ingkar arahan kuarantin (5), aktiviti pusat hiburan (1), lain-lain (8).”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.