
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeri itu adalah Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.
“Kedah tukar status PKPB ke PKPP kecuali Kuala Muda dan Kulim yang masih ada kluster aktif.
“Negeri Sembilan tukar status PKPB ke PKPP kecuali Seremban masih zon merah,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Ismail berkata enam negeri masih kekal status PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dam Sarawak.
Beliau berkata manakala Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan kekal status PKPP.
“Rentas negeri masih kekal tidak dibenarkan,” katanya
Ismail berkata pengekalan status PKPB Sarawak berkuatkuasa 16 hingga 29 Mac ini.
Katanya, aktiviti pelancongan daripada PKPP ke PKPP dibenarkan melalui konsep gelombang perjalanan domestik zon hijau menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
“Rentas daerah dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak,” katanya.