3 penguatkuasa JPJ, 2 orang awam disyaki ‘makan suap’ direman 6 hari

3 penguatkuasa JPJ, 2 orang awam disyaki ‘makan suap’ direman 6 hari

Semua mereka ditahan semalam kerana dipercayai terlibat meminta dan menerima suapan daripada pengusaha serta pekerja syarikat pengangkutan.

Tiga pegawai penguatkuasa JPJ bersama dua orang awam direman enam hari untuk membantu siasatan dakwaan menerima dan meminta rasuah daripada syarikat pengangkutan.
IPOH:
Tiga penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua orang awam dari Perak, Pahang serta Pulau Pinang direman enam hari bermula hari ini hingga 21 Mac untuk membantu siasatan kes menerima dan meminta rasuah.

Perintah reman dikeluarkan majistret Nor Melati Diana Abd Wahab bagi membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, anggota dan pegawai penguatkuasa JPJ bersama orang awam berkenaan yang berusia antara 31 hingga 46 tahun ditahan semalam kerana disyaki menerima suapan daripada pengusaha serta pekerja syarikat pengangkutan.

Suapan itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.