3 daripada 5 kluster baharu Covid-19 berkait komuniti

3 daripada 5 kluster baharu Covid-19 berkait komuniti

Kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, dengan tiga daripadanya berkaitan komuniti dan dua membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Katanya, lima kluster baharu itu dikesan babitkan tiga di Sarawak, serta masing-masing satu di Kelantan dan Kuala Lumpur.

  • Kluster Jalan Kampung Hilir (Sibu) dengan 35 kes
  • Kluster Nanga Bulo (Julau) dengan 34 kes
  • Kluster Banggol Chicha (Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Sanyan (Sibu) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Taiping (Kepong, Cheras dan Titiwangsa) dengan lapan kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,255 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 428 kluster aktif dan 55 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, lapan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Day, Kluster Package Pengerang, Kluster Permata Satu, Kluster Lasah, Kluster Jalan Sepanggar, Kluster Jalan Padi Mahsuri, Kluster Putra Tujuh, dan Kluster Kampung Parit Masjid. Ini menjadikan 827 kluster sudah berakhir sehingga kini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Medan Bayan Lepas (58 kes), Kluster Jalan Nusa Mega (28 kes), dan Kluster Kemuning Enam (28 kes),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.