301,699 individu sudah divaksin sehingga 14 Mac

301,699 individu sudah divaksin sehingga 14 Mac

Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).

Program imunisasi dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
KUALA LUMPUR:
Seramai 301,699 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).

“Di Sabah seramai 26,446 individu, Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411) dan Terengganu (14,137).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,209 individu, Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.