Perlis catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi 1.71, kata Noor Hisham

Perlis catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi 1.71, kata Noor Hisham

Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.03.

Semalam kes baharu positif Covid-19 di negara ini kekal empat angka dengan 1,575 kes, dengan tiga kematian.

KUALA LUMPUR:Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Semalam kes baharu positif pandemik Covid-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.