Ganti denda RM10,000 dengan hukuman khidmat masyarakat, kata persatuan pengguna

Ganti denda RM10,000 dengan hukuman khidmat masyarakat, kata persatuan pengguna

Presiden Cassa, Jacob George mahu kerajaan memperlihatkan keprihatinan pada waktu mencabar sekarang.

Kompaun maksimum sehingga RM10,000 boleh dikenakan ke atas individu yang didapati melakukan kesalahan berulang berkaitan Covid-19, selain namanya direkodkan dalam sistem data yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan
PETALING JAYA:
Persatuan pengguna meminta kerajaan meringankan hukuman ke atas individu yang melanggar peraturan berkaitan Covid-19 dengan menggantikan denda RM10,000 kepada hukuman khidmat masyarakat.

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) serta Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendesak kerajaan supayabersikap belas kasihan.

Presiden Cassa, Jacob George berkata, kerajaan harus menunjukkan ia masih memiliki perasaan “belas ihsan” pada saat ramai yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, agensi kerajaan perlu menjalin kerjasama dengan badan pengguna dalam mengetengahkan isu berbangkit dengan menghalang dasar yang tidak sensitif daripada dirangka dan dilaksanakan.

Presiden Cassa, Jacob George.

Pesalah seharusnya menjalani hukuman khidmat masyarakat seperti yang diamalkan oleh negara lain, berbanding dengan denda yang bersifat menghukum.

“Ia diamalkan secara global dan terbukti berkesan. Hukuman itu membolehkan mereka yang melakukan kesalahan berkhidmat kepada komuniti.”

Presiden FOMCA , Marimuthu Nadason berharap kerajaan akan mengkaji semula peraturan tersebut.

Beliau berkata, kadang-kala pelanggaran undang-undang tidak disengajakan dan kerajaan perlu memahami situasi yang dihadapi sesetengah individu.

Sebagai contoh, seorang wanita yang tidak mempunyai lesen memandu ditahan kerana terpaksa membawa suaminya ke hospital.

“Beliau tidak ada pilihan lain, kecuali melanggar peraturan,” katanya.

Marimuthu Nadason

“Kerajaan perlu menunjukkan sikap prihatin terhadap masyarakat yang mungkin berada dalam situasi yang memaksa mereka melanggar peraturan.”

Beliau meminta Putrajaya supaya memainkan peranan sebagai “ibu bapa yang penuh kasih sayang”, selain mendedahkan masyarakat kepada pelbagai kesalahan yang mungkin berlaku ketika usaha mengawal penularan Covid-19 diperhebatkan.

Kenaikan denda daripada RM1,000 kepada RM10,000 diperuntukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan), yang berkuat kuasa semalam.

Marimuthu mengkritik peruntukan itu dengan menyifatkan ia sebagai “cetek dan tidak sesuai” dalam konteks usaha anggota masyarakat untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, kompaun maksimum sehingga RM10,000 boleh dikenakan ke atas individu yang didapati melakukan kesalahan berulang, selain namanya direkodkan dalam sistem data yang akan dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.