PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, kuarters kakitangan ditamatkan esok

PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, kuarters kakitangan ditamatkan esok

Perintah kawalan pergerakan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah serta kuarters kakitangannya di Kinta, Perak akan ditamatkan bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan di lokaliti itu susulan penurunan kes Covid-19 dan semua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang sebelum ini dilaksanakan di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan kuarters kakitangannya, di Kinta, Perak ditamatkan pada 13 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan terdapat penurunan kes Covid-19 di kawasan terbabit serta semua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 774 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 457 kes telah dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 369 individu ditahan kerana mengingkari SOP semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, 330 dikompaun dan 37 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan (155), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (77), tidak memakai pelitup muka (39), tiada penjarakan fizikal (34), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (29), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (20), lain-lain (15).”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.