4,000 ahli farmasi komuniti akan terima vaksin Covid-19 fasa pertama, kata menteri

4,000 ahli farmasi komuniti akan terima vaksin Covid-19 fasa pertama, kata menteri

Ini selepas pihak JKJAV memasukkan kumpulan itu sebagai petugas barisan hadapan kategori 2.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata keputusan itu susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).
PETALING JAYA:
Ahli farmasi komuniti kini dikategorikan dalam senarai petugas barisan depan yang akan menerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti di dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ini adalah susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).

“Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada seramai hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama,” katanya dalam kenyataan.

Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.