
Suri rumah berusia 59 tahun itu mengintai di luar rumah dan terkejut melihat langit merah dan diselubungi asap hitam.
“Saya mendapat tahu kebakaran marak dan merebak pantas tidak jauh dari rumah kami. Kami hanya sempat menyelamatkan dokumen peribadi penting, satu telefon bimbit dan komputer riba sebelum meluru keluar,” katanya di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Sembulan.
“Barangan keperluan sekolah anak bongsu yang sedang menduduki peperiksaan SPM pun tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Siti antara 200 penduduk yang hilang tempat tinggal dalam kebakaran besar di perkampungan atas air itu, dengan 73 kediaman dilaporkan musnah.

Kebakaran yang bermula jam 8 malam tadi mengambil masa lebih dua jam untuk dikawal.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam, 79 mangsa ditempatkan di pusat sementara di Sembulan dan Likas here. Pusat perlindungan di Likas dengan 21 mangsa bagaimanapun ditutup pada jam 4 petang selepa semua mangsa pulang ke rumah saudara-mara masing-masing.
Sementara itu, suami Siti, Miran Dullah, 61, yang menghidap darah tinggi berkata beliau hampir pengsan kerana terkejut.
“Segalanya berlaku begitu pantas sehingga saya tidak sempat mengambil ubat saya,” katanya.