Tamatkan sekatan jalan raya di Selangor dan KL, kata Yeoh

Tamatkan sekatan jalan raya di Selangor dan KL, kata Yeoh

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, tiada makna sekatan jalan raya di plaza tol Jalan Duta, Damansara dan Bukit Jelutong kerana perjalanan rentas daerah kini dibenarkan.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, SJR yang ‘tidak bermakna’ sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan untuk menamatkan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Selangor dan Kuala Lumpur tidak lagi berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan SJR menyebabkan kesesakan lalu lintas ketika orang ramai hanya ingin pergi bekerja atau menghantar anak mereka ke sekolah.

“Saya bagi contoh, sekatan jalan (raya) di Plaza Tol Duta, Damansara dan Bukit Jelutong tidak bermakna kerana melibatkan pergerakan rentas daerah yang sudah dibenarkan.

“Kesian juga melihat polis dan tentera di bawah (sinaran) matahari yang sangat panas. Semalam, suhu mencecah 44 darjah Celsius,” kata beliau di Facebook.

Selangor dan Kuala Lumpur mula diletakkan bawah PKP bersyarat sejak Jumaat lalu, dengan perjalanan merentas daerah dibenarkan di antara negeri dan wilayah persekutuan.

Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negara, kecuali untuk aktiviti pelancongan bagi negeri-negeri bawah PKP pemulihan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.