
Secara umumnya, MKN bersedia memberikan kebenaran bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan, dengan pematuhan SOP yang ketat, katanya.
“Secara prinsipnya, kita sedang membuat persiapan untuk membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri, cuma tunggu kelulusan muktamad dari MKN terutama SOP,” katanya pada sidang media di perhimpunan bulanan kementerian dan agensinya.
Annuar memaklumkan DBKL sedang meneliti lokasi dan mengenal pasti peniaga untuk bazar berkenaan, serta pengubahsuaian pada gerai bagi menjaga penjarakan fizikal.
Turut diteliti sama ada mengekalkan tapak asal bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau mencari lokasi lain yang bersesuaian.
“Kita tengok satu atau dua hari lagi ada dua pandangan tentang tapak lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi tempat itu telah dinaik taraf dengan adanya penanaman pokok. Jadi kalau pindah situ takut rosak. Kita sedang kaji perkara ini,” katanya.