Wanita maut terkunci dalam rumah

Wanita maut terkunci dalam rumah

Mangsa dikatakan tinggal berseorangan ditemui dalam tandas, disahkan meninggal dunia lebih 24 jam lalu.

Punca kematian mangsa masih disiasat dan mayat wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
TAMPIN:
Seorang wanita ditemui maut dalam sebuah rumah di Kampung Sungai 2, Gemencheh, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Norfaizal Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis pada jam 10.53 pagi dan menggerakkan tujuh anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang dikenali sebagai Marhaini Ali, 56, terbaring kaku dalam tandas sebuah rumah yang berkunci.

“Anggota bomba kemudian memotong kunci pintu rumah menggunakan peralatan khas kebombaan bagi membuka pintu utama rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dikatakan tinggal berseorangan dan disahkan meninggal dunia lebih 24 jam lepas oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Gemencheh.

Menurutnya, punca kematian mangsa masih disiasat dan mayat wanita malang itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.