Prasarana umum khidmat CEO digantung tugas tamat

Prasarana umum khidmat CEO digantung tugas tamat

Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan khidmat Nizam Alias tamat 22 Feb lalu.

Nizam digantung tugas pada 9 Dis tahun lalu, dan siasatan terhadapnya dijalankan jawatankuasa khas ditubuhkan Prasarana. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan khidmat CEO Nizam Alias yang digantung tugas atas alasan salah laku dan keingkaran, tamat berkuat kuasa 22 Feb.

Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman berkata penamatan khidmat itu dibuat selepas lembaga pengarah Prasarana mempertimbangkan keseluruhan isu yang berlaku secara mendalam.

“Kita buat pertimbangan secara adil, tidak dengan sewenangnya. Yang kita tahu perkara ini berbangkit dari akhir November tahun lalu – sudah tiga bulan – dan dalam tempoh itu kita bayar gaji macam biasa,” katanya pada sidang media di Ampang.

Nizam digantung tugas pada 9 Dis tahun lalu, dan siasatan terhadapnya dijalankan oleh suatu jawatankuasa khas yang ditubuhkan Prasarana, terdiri daripada anggota lembaga pengarah.

Pada 8 Dis, laman berita The Vibes memetik sumber yang berkata penggantungan Nizam susulan ketegangan di peringkat kepemimpinan selepas pelantikan Tajuddin sebagai pengerusi pada Mei lalu.

Sementara itu, Tajuddin pada sidang media hari ini mengumumkan jawatan presiden dan CEO akan dipangku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Norlia Noah, berkuat kuasa 23 Feb.

Beliau turut mengumumkan pelantikan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed; bekas ketua pengarah Imigresen, Mustafar Ali; dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak ke lembaga pengarah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.